Wednesday, December 22, 2010

NAMA & SEJARAH KAMPUNG BUKIT GOH, MISI SERTA VISI

NAMA & SEJARAH KAMPUNG BUKIT GOH

Sejarah Kampung :

            Pada tahun 1966/67 Kampung Bukit Goh telah ditubuhkan dan dimajukan oleh Felda. Ia telah dibangunkan berperingkat-peringkat sebanyak empat peringkat. Kawasannya meliputi kawasan pertanian seluas 2831.86 hektar. Manakala, kawasan penempatan penduduk seluas 183.10 hektar. Jumlah peneroka yang ditempatkan di Kampung (F) Bukit Goh adalah seramai 671 keluarga. Sumber pendapatan utama penduduk adalah kelapa sawit.Kampung Bukit Goh ditempatkan di DUN Sg. Lembing dan kawasan Parlimen Paya Besar.

MATLAMAT (VISI)

1.      Membangunkan dan memajukan Perkampungan (F) Bukit Goh sebagai sebuah perkampungan yang maju dan mantap di kawasan luar bandar.

2.     Melahirkan masyarakat yang berdaya maju, bermoral, berilmu, berakhlak, dan berwawasan bagi menjana kehidupan yang lebih mencabar di masa hadapan.

STRATEGI
Bagi mencapai matlamat di atas,beberapa strategi telah diaturkan antaranya :

1.      Membentuk dan mewujudkan sebuah perkampungan  yang menarik, berdaya maju dan menguntungkan.

2.      Menggalakkan masyarakat setempat lebih berusaha, berdaya saing saing dan berdikari.
.
3.      Membina dan membimbing pelapis (Kedua) yang berkualiti dan patriotik.

No comments:

Post a Comment